Di hatinya kulafazkan
Sudah rasmi kamu
Milik aku saat itu
Dia-dia memandang
Jari aku dia genggam
Dan kata jagalah aku
Bukan sehingga
Akhir hayatnya tapi akhir hidupku
Dia tak tahu
Lama Disember ini
Ku tunggu
Wallahi, Allahu
Ku cinta kamu
Dia cakap tudungnya dah lama
Tapi di mataku dia cantik saja
Sock kaki tangannya tidak matching warna
Kenapa ku pandang sama saja
Berulang di tanya sebanyak mana cinta
Aku pun tersenyum dan ku kata rahsia
Lagi dia tanya kenapa dia
Jawab ku, "tunggu lagi satu purnama"
Ku ingin dia tahu kenapa dia ku cinta
Tak perlu aku minta dia jaga auratnya
Peribadinya baik lebih dari dia cantik
Hatiku berbunga-bunga melihat wajahnya
Bila aku marah dia bisu tak berkata
Bila ku gembira dia kan lagi suka
Allah aku tak mampu tak mampu aku malu
Apakah cara rasa cinta ini diberitahu
Disember dah dekat
Bimbang takut terlewat
Belum Disember dia
Sudah tanya semula
Lagu: Fadzli Fareast / Wan Saleh
Lirik: Hazalinda Harun
Comments
Post a Comment